all mine music box big help
| alhamdulillah :)
assalamualaikum and hai kawan-II blogger sekalian :) sihat ? alhamdulillah yaya sihat dan berharap untuk sentiasa memeliki kesihatan dan rahmat dariNYA . skrg jam pukul 8.45pm dan tarikh 31.december.2013 . lagi beberapa jam kita dah nak menyambut tahun baru . yaALLAH macam tak rasa dah nak masuk tahun baru . syukur kehadrat ilahi kerana masih memanjangkan nyawa ini untuk masih berjuang dan beramal dibumiNYA . pejam celik dah kena tukar azam . azam yg lama tercapai tak ? hihi alhamdulillah tercapai now kena teruskan dengan azam baru .
tanpa kita sedar selama setahun yang berlalu mcm-II kita lalui . mcm tak rasa yang dah nak melangkah ke tahun yang baru . ke tahun yang lebih mematangkan pemikiran . yang lebih menjayakan diri ini . sepanjang setahun yang berlalu itu pahit manis masam kelat payau tawar semua dah harungi dan moga diri ini mengambil ikhtibar drp ujian-II yang ALLAH berikan . moga diri ini tidak alpa dan lalai dengan kerjanya nati . insyaALLAH mudah-mudahan semoga tahun baru ini lebih diberkati dan direstui oleh emak dan ayah yang tercinta ♥
mesti ada azam baru kan ? cuba share kat yaya . hihi azam yaya semestinya ingin hidup ini lebih berjaya drp yang lalu . lebih matang dan lebih berfikiran positif untuk membuat sesuatu pilihan dan lebih fokus dlm bidang busines . insyALLAH ALLAH akn membantu hamba-II nya . jgn pernah lupa untuk menadah tangan dan meminta kepadaNYA . dia yang satu . setinggi mana ego kita di dunia ini , rendahkanlah egomu ketika kamu menemuiNYA disetiap sujudmu . yaya cuba untuk bangkit . untuk bina kerjaya semula . tanpa putus asa .
sebelum tu tak lupa jugak semoga tahun baru yang bakal melemparkan sayapnya , yaya harap sngt hubungan yaya dengan MR.AAIIEESS yaya semakin rapat , semakin mesra dan semakin menuju ke jalan yang diredhai ALLAH . semoga hati antara kami berdua tidak berpaling . yaALLAH seandainya dia lah lelaki yang layak unutk menjaga hati dan diri ini maka kau kuatkanlah jodoh kami . kau satukan lah hati kami ini yaALLAH . semoga hubungan ini direstui dan dirahmati . sy sayang awk mr.AAIIEESS ♥
akhir sekali selamat tinggal 2013 . tahun yang banyak mengajar aku erti kesungguhan dan tidak putus asa . selamat datang 2014 semoga engkau memberikan segala yang terbaik unutk ku yaALLAH . AMINNNN :)
|